Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Silap manusia' dipercayai punca nahas 2 kereta api bertembung di Greece

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



LARISSA (Greece): Satu perlanggaran kereta api penumpang yang mengorbankan 43 nyawa pada Selasa berkemungkinan disebabkan oleh "kesilapan manusia yang tragik", kata Perdana Menteri Greece, Encik Kyriakos Mitsotakis.



Ramai daripada mangsa dipercayai pelajar universiti, yang dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas cuti panjang hujung minggu.



Pegawai berkata, angka kematian dijangka meningkat lagi - selepas suhu dalam satu gerabak yang terbakar meningkat kepada 1,300 darjah Celsius.



Setakat ini, pihak berkuasa sudah menahan ketua stesen di perhentian terakhir kereta api itu di bandar Larissa, namun tidak mendedahkan nama atau kenapa dia ditahan.



Pada dasarnya, ketua stesen bertanggungjawab menyelia bagi memastikan kereta api berada di landasan yang sepatutnya dan dia dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat.



Mengesahkan hal itu, polis Greece berkata, seorang pengawal stesen kereta api - yang dipercayai telah menyebabkan kemalangan itu - telah diberkas.



Lelaki berusia 59 tahun itu telah ditahan oleh jabatan polis Larissa sebagai sebahagian daripada siasatan awal dan akan dihadapkan ke pihak pendakwa raya, kata jurucakap polis Greece Constantia Dimoglidou pada Rabu.



Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Greece, Encik Kostas Karamanlis, mengambil tanggungjawab penuh berhubung tragedi itu dan telah meletakkan jawatannya.



Katanya, beliau membuat keputusan itu sebagai tanda hormat dan simpati terhadap mereka yang kehilangan nyawa dalam tragedi terbabit, dan sudah melakukan pelbagai usaha memperbaiki sistem kereta api yang tidak lagi sesuai untuk abad ke-21 ini.



Menurut pihak berkuasa Greece, nahas itu berlaku selepas kereta api penumpang dalam perjalanan dari Athens ke Thessalonoki bertembung dengan kereta api kargo dari Thessaloniki ke Larissa.



Menurut laporan, pertembungan kedua-dua kereta api berkenaan berlaku di luar bandar Larissa di tengah Greece dan menurut media tempatan, 350 orang menaiki kereta api terbabit.



Menurut maklumat daripada syarikat kereta api, Hellenic Train, 342 penumpang dan 10 kakitangan berada di dalam kereta api penumpang dan dua kakitangan berada di dalam kereta api kargo itu apabila kededuanya bertembung sejurus sebelum tengah malam, di utara Athens.



Tragedi kereta api terburuk di Greece itu menyebabkan beberapa gerabak tergelincir dari landasan - termasuk beberapa yang remuk teruk - dengan penumpang terperangkap di dalamnya.



Encik Mitsotakis, menyifatkan pelanggaran itu sebagai "nahas kereta api paling menggerunkan dalam sejarah negara" dan memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci.



Katanya, bukti awal menunjukkan pertembungan itu berlaku kerana "kecuaian manusia yang tragik", tanpa mengulas lebih lanjut.



Pekerja kecemasan menggunakan kren dan jentera berat lain bagi mengalihkan gerabak yang remuk, di mana lebih banyak mayat dan cebisan badan ditemui.



Ketua Koroner Larisa, Roubini Leondari, berkata 43 mayat dibawa kepadanya untuk pemeriksaan dan perlu menjalani ujian DNA kerana kebanyakan mengalami kecederaan atau kecacatan amat teruk.



"Sebahagian besar adalah mayat orang muda dan berada dalam keadaan sangat menyedihkan," katanya.



Pihak bomba Greece memaklumkan bahawa 57 mangsa masih dirawat di hospital termasuk enam di unit rawatan rapi (ICU), lebih 15 mangsa dibenarkan pulang selepas menerima rawatan manakala 200 lagi yang hanya cedera ringan dibawa dengan bas ke Thessaloniki. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >