Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sim Ann hadiri sidang PBB di Doha

Mar 5, 2023 | 5:30 AM
Encik Najib Tun Razak
Encik Najib Tun Razak - REUTERS

MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, akan mengadakan lawatan tiga hari ke Doha, Qatar, mulai 5 hingga 7 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), beliau akan menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-5 berhubung Negara Paling Kurang Maju (LDC5).

Cik Sim akan menyampaikan kenyataan nasional Singapura di perbahasan umum untuk menyatakan komitmen Singapura terhadap usaha menyokong negara kurang maju itu mencapai Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan menerusi tindakan yang kukuh dan bersama.

Menurut kenyataan itu, beliau juga akan berucap di Mesyuarat Menteri mengenai Kerjasama Selatan-Selatan serta Perbincangan Panel Peringkat Tinggi berhubung pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan di negara kurang maju itu bagi masyarakat bijak dan inovatif.

Dalam rangka lawatannya itu, MFA berkata Cik Sim akan mengadakan pelbagai mesyuarat dua hala di sisi LDC5.

Cik Sim akan diiringi oleh pegawai daripada MFA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg