Topic followed successfully
Go to BHkuSinar harapan buat minoriti Muslim selatan Filipina
Sinar harapan buat minoriti Muslim selatan Filipina
Penduduk akur bentuk rantau pemerintahan sendiri baru yang diharap bawa keamanan, basmi kemiskinan
Sinar harapan buat minoriti Muslim selatan Filipina
MANILA: Umat Islam di selatan Filipina akan menikmati pemerintahan sendiri dalam sebuah rantau baru yang lebih luas setelah majoriti mereka memilih pembentukannya, yang diharapkan membawa keamanan setelah pertempuran puluhan tahun mengorbankan ribuan orang dan membenamkan rantau itu dalam kancah kemiskinan.
Pembentukan Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM) menjelang 2022 diluluskan setelah penduduk rantau itu mengesahkan undang-undang Bangsamoro yang mengasaskannya, dalam satu pungutan suara di Rantau Berautonomi di Mindanao Muslim (ARMM) lama, dan di bandar Cotabato di wilayah Maguindanao serta bandar Isabela di wilayah Sulu.
