Premium
Singapura, Jerman bincang peluang kerjasama baru
Feb 18, 2020 | 5:30 AM
TEROKA PELUANG KERJASAMA BARU: Dr Ng (kanan) telah menemui Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman, Cik Annegret Kramp-Karrenbauer, di luar acara Persidangan Keselamatan Munich ke-56 di Munich. - Foto MINDEF -
MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, telah menemui Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman, Cik Annegret Kramp-Karrenbauer kelmarin, untuk mencari peluang kerjasama baru dalam sektor pertahanan, termasuk keselamatan siber dan menangani maklumat palsu.
Kededua menteri itu bertemu buat pertama kali di luar acara Persidangan Keselamatan Munich ke-56 di Munich, lapor The Straits Times (ST).

