Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN BOM BUNUH DIRI DI KABUL

Angka korban meningkat, anggota Taleban, tentera Amerika antara mangsa

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Angka korban susulan dalam dua serangan pengebom berani mati di Lapangan Terbang Kabul. meningkat kepada 85 orang termasuk orang awam dan tentera Amerika Syarikat.



Antara yang terbunuh adalah 13 anggota tentera Amerika Syarikat dan 28 anggota Taleban angkara militan ISIS yang merupakan dalang serangan.



Menurut jurucakap Pusat Pemerintah AS, Kapten Bill Urban dalam satu kenyataan bahawa, mereka terbunuh akibat kecederaan yang dialami dalam serangan yang berlaku di Pintu Abbey di lapangan terbang berkenaan.



Lebih 150 orang lagi dilaporkan cedera, ketika ribuan rakyat Afghanistan berpusu-pusu berkumpul di lapangan terbang itu untuk mendapat perlindungan di luar negara.



Rakaman video oleh wartawan Afghanistan menunjukkan puluhan mayat bertebaran di sekitar kawasan pinggir lapangan terbang itu.



Pegawai Taleban itu berkata, ramai anggota kumpulan berkenaan turut cedera.



Menurut Pentagon, sekurang-kurangnya dua letupan dilaporkan berlaku.



Kejadian itu berlaku berbaki empat hari sahaja lagi sebelum tarikh pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan pada 31 Ogos depan.



Kematian melibatkan tentera AS itu dipercayai melibatkan antara paling ramai anggota negara itu yang terkorban di Afghanistan sejak serangan tembakan ke arah helikopter yang mengorbankan 30 tentera negara itu, Ogos 2011.



Serangan mengejutkan itu berlaku ketika tentera AS dan sekutunya berusaha keras membantu pemindahan penduduk keluar dari Afghanistan kerana bimbang ancaman militan ISIS.



Ribuan orang berhimpun di luar lapangan terbang itu sejak beberapa hari lalu.



Seorang diplomat Barat di Kabul sebelum itu berkata, kawasan di luar pintu pagar lapangan terbang "amat sesak" walaupun ada amaran dikeluarkan mengenai kemungkinan serangan dilancarkan di situ.



Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NAT0), Jen Stoltenberg berkata, anggota tentera perlu terus melakukan usaha pemindahan melibatkan orang ramai sebanyak mungkin dari Kabul walaupun berlaku serangan pengganas yang mengerikan.



"Keutamaan kami masih kekal memindahkan seramai mungkin orang ramai ke tempat selamat dengan segera," katanya



Ketika ini, banyak negara sedang mempercepatkan usaha pemindahan keluar rakyat mereka serta warga Afghanistan yang mahu mendapat perlindungan di luar negara.



Rumah Putih memaklumkan sudah memberikan maklumat awal mengenai insiden itu kepada Presiden Joe Biden. - Agensi berita.




Singapura kutuk serangan bom di Kabul 



SINGAPURA mengutuk dengan keras pengeboman di luar lapangan terbang Kabul yang membunuh dan mencederakan rakyat Afghan dan warga asing.



Perbuatan ganas pada 26 Ogos itu dikesali, harus dikutuk dan tidak boleh diterima, kata Kementerian Ehwal Luar (MHA) Singapura.



"Kami menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera pulih sepenuhnya.



"Singapura terus menggesa semua pihak, termasuk Taleban, untuk memastikan keselamatan pihak awam dan membolehkan warga asing yang ingin meninggalkan Afghanistan berbuat demikian dengan cara yang selamat dan teratur," kata jurucakap MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >