Topik diikuti
Pergi ke BHkuSiti derma wang hadiah $119,000 sempena hari lahir kepada mangsa banjir
Jan 13, 2015 | 5:30 AM
Siti derma wang hadiah $119,000 sempena hari lahir kepada mangsa banjir
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyumbangkan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 dengan memberikan wang yang dikumpul berjumlah RM310,000 ($119,000) kepada mangsa banjir.
Siti berkata, hadiah yang diterimanya pada tahun ini paling bermakna selepas individu dan badan bukan kerajaan (NGO) turut membantu bagi tujuan tersebut.