Siti Nurhaliza sambut anak kedua

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siti Nurhaliza sambut anak kedua

Apr 20, 2021 | 5:30 AM

Siti Nurhaliza sambut anak kedua

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
AHLI KELUARGA TERBARU: Wajah anak kedua penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat dilahirkan pagi semalam. - Foto INSTAGRAM ASYRAF KHALID
AHLI KELUARGA TERBARU: Wajah anak kedua penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat dilahirkan pagi semalam. - Foto INSTAGRAM ASYRAF KHALID -

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, selamat melahirkan bayi lelaki, juga anak keduanya, di sebuah pusat perubatan di Selangor, pagi semalam.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Dalam kenyataan media, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, melahirkan rasa syukur kerana isterinya selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Kenyataan itu menyebut, apa yang penting bagi beliau adalah kededua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, mantap dan proses melahirkan bayi lancar.

Datuk Khalid dan Siti juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas doa keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, peminat, media dan orang ramai. Kenyataan media itu menambah, kelahiran anak kedua semasa Ramadan penuh keberkatan ini diharap mengurniakan limpahan rezeki dan rahmat Allah swt.

Kehadiran ahli baru dalam keluarga penyanyi nombor satu Malaysia itu turut disambut gembira dan penuh rasa syukur oleh anak mereka.

Anak ketiga Datuk Khalid, Encik Asyraf Khalid, 28 tahun, teruja dengan kehadiran adik lelakinya.

"Sebagai abang, perasaan saya tentulah seronok kerana ada ahli keluarga baru. Lebih-lebih lagi, tidak lama kita akan meraikan Syawal, jadi kehadiran adik akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri," katanya.

Berkongsi kegembiraan, beliau turut memuat naik foto wajah adik lelakinya di Instagram (IG) semalam. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg