Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Skandal 1MDB: Mahkamah dengar rayuan Najib

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam, memulakan proses rayuan bagi tuduhan rasuah dan hukuman penjara 12 tahun berhubung skandal 1MDB bernilai berbilion dolar.



Tahun lalu, Datuk Najib didapati bersalah atas semua tuduhan dalam perbicaraan pertama antara beberapa perbicaran yang sedang dihadapinya berhubungan tuduhan menggelapkan wang daripada dana kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Datuk Najib, 67 tahun, yang kini masih bebas kerana diikat jamin, dan rakan-rakan seangkatannya, dituduh mencuri wang bernilai berbilion dolar daripada dana pelaburan itu dan menggunakan wang itu untuk membeli hartanah dan karya seni.



Semalam, Najib memulakan cabarannya menentang keputusan mahkamah itu di Mahkamah Rayuan dan beliau enggan bercakap kepada wartawan yang berada di luar mahkamah setibanya di sana.



"Ada perbuatan yang menjejas perbicaraan yang adil... sesuatu yang tidak pernah didengari sebelum ini," kata peguam bela Tan Sri Encik Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah sedang prosiding bermula.



"Kita berdepan dengan masalah, dan kita perlu menanganinya," kata beliau lagi.



Awal dari itu, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menolak permohonan Datuk Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu selepas Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti tambahan untuk dimasukkan dalam rayuan mereka termasuk keterangan berkaitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.



"Kami sebulat suara dalam hal ini. Tiada alasan yang munasabah untuk menangguhkan perbicaraan. Kami tidak membenarkan permohonan untuk penangguhan," kata Hakim Abdul Karim.



Terdahulu, Tan Sri Muhammad Shafee berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya penangguhan selama sebulan untuk mendapatkan dokumen berkaitan dari New York dan Singapura.



"Dokumen itu dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan turut membabitkan dakwaan terhadap keluarga Zeti. Kami perlukan sekurang-kurangnya satu bulan untuk memasukkan bukti tambahan dalam penghujahan. Kami memohon untuk penangguhan pendengaran ini," kata Tan Sri Muhammad Shafee.



Kemarahan awam terhadap Datuk Najib menjadi ketara dan menyebabkan beliau dan pakatan kerajaan Umno tewas di pilihan raya umum (PRU) 2018.



Beliau selanjutnya ditangkap dan dihadapkan dengan beberapa tuduhan, ekoran kekalahan itu.



Menyusuli perbicaraan yang panjang, Datuk Najib didapati bersalah menyalah guna kuasa, mengubah wang dan pecah amanah berhubung pindahan 42 juta ringgit ($10.1 juta) daripada sebuah unit 1MDB ke akaun-akaun banknya.



Selain hukuman penjara yang diterimanya, Datuk Najib juga didenda hampir $50 juta.



Sehingga masa ini, Datuk Najib menafikan berlaku salah.



Dalam rayuan yang dijangka berlangsung sehingga 22 April, peguam-peguam Datuk Najib dijangka berkata klien mereka tiada pengetahuan mengenai urusniaga yang dijalankan dalam akaun-akaunnya.



"(Datuk Najib) tiada pengetahuan mengenai urus niaga $42 juta ringgit dalam akaunnya atau tahu jumlah itu daripada akaun SRC," mengikut dokumen yang dilihat Reuters.



Peguam bela Datuk Najib juga dijangka menggambarkan beliau sebagai mangsa dan mempersalah jutawan Low Taek Jho - tokoh penting dalam skandal yang telah dikemukakan di mahkamah di Malaysia dan Amerika Syarikat - sebagai dalang.



Low, yang masih belum dapat ditemui sehingga masa ini, telah berkata beliau tidak bersalah.



Jika Datuk Najib tewas dalam rayuannya ini, beliau masih mempunyai peluang terakhir untuk mencabar keputusan mahkamah itu di mahkamah tertinggi Malaysia



Beliau didapati bersalah meskipun partinya yang dibelenggu skandal telah kembali berkuasa dalam kerajaan ekoran keruntuhan pentadbiran yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad, yang menewaskannya di PRU 2018.



Jumlah wang yang terlibat dalam kes pertama itu adalah kecil berbanding wang yang terlibat dalam kes kedua yang dianggap lebih penting, di mana Datuk Najib dituduh menerima $500 juta menerusi bawa meja.



Keseluruhannya, tuduhan terhadap Datuk Najib melibatkan $4.5 bilion yang dicuri daripada 1MDB.



Sekurang-kurangnya enam negara telah memulakan siasatan terhadap 1MDB, yang kini telah melibatkan beberapa pegawai peringkat tinggi dan beberapa institusi kewangan utama.



Sejak beberapa bulan lalu, Malaysia telah mengaup balik lebih $3 bilion daripada bank Amerika Goldman Sachs, firma audit Deloitte dan kumpulan perbankan Malaysia AmBank, dalam perjanjian berasingan untuk mengakhiri tuntutan berhubung siasatan ke atas 1MDB. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >