Topik diikuti
Pergi ke BHkuZeti enggan ulas, mahu dapatkan khidmat peguam
Pemuda Umno sebelum ini buat laporan polis bahawa beliau dan dua lagi tokoh terlibat dalam komplot guling Perdana Menteri dan kerajaan

LAPORAN POLIS: Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap (dari kiri) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz serta Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Tan Sri Abdul Gani Patail dengan menuduh mereka terlibat dalam komplot menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan Malaysia.
Jul 28, 2016 | 5:30 AM
Zeti enggan ulas, mahu dapatkan khidmat peguam
KUALA LUMPUR: Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, sedang mendapatkan khidmat peguam selepas Pemuda Umno membuat laporan polis bahawa beliau dan dua lagi tokoh lain terlibat dalam komplot menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Khairul Azwan Harun, membuat laporan polis terhadap Tan Sri Zeti; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; dan mantan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.