Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Skandal kapal tempur: Bekas ketua tentera laut M’sia hadapi tiga tuduhan pecah amanah

Aug 16, 2022 | 04:14 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah melibatkan lebih RM21 juta ($6.46 juta) di sebuah Mahkamah Sesyen pada Selasa (16 Ogos).


Ahmad Ramli, 78 tahun, yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), mengaku tidak bersalah.


Mengikut tuduhan pertama, ketika menjadi pengarah urusan BNS, dia melakukan pecah amanah jenayah dana BNS dengan curang pembayaran RM13,541,140 ke akaun Setaria Holdings Limited tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah BNS.


Bagi tuduhan kedua, dia dikatakan melakukan pecah amanah jenayah dana BNS dengan curang meluluskan pembayaran RM1,360,716 ke akaun syarikat JSD Corporation Pte Ltd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah BNS.


Bagi tuduhan ketiga, Ahmad Ramli didakwa melakukan pecah amanah jenayah dana BNS dengan curang meluluskan pembayaran RM6,182,295 ke akaun syarikat Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah BNS.


Ahmad Ramli didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, rotan dan denda. 


Hakim Suzana Hussin menetapkan ikat jamin RM500,000 dan menetapkan 24 November bagi sebutan semula kes. 

Ahmad Ramli dilantik sebagai Panglima TLDM pada 1996 dan bersara wajib pada 1998 selepas berkhidmat selama 35 tahun. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >