Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Skandal kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus didakwa

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku, awal Disember lalu.



Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, bersama pengarahnya Yong Chee Keong, 40 tahun, dan Tan Siew Huak, 42 tahun, serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah, lapor Berita Harian Malaysia.



Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.



Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan daripada badan persijilan halal Australia.



Kesalahan itu dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai antara 1 dengan 3 Disember 2020.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.



Jika sabit kesalahan, semua tertuduh boleh didenda antara RM100,000 ($32,755) dengan RM500,000 atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.



Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.



Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Mac ini.



Pada 2 Disember lalu, media melaporkan mengenai kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.



Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. Perbuatan itu terbongkar menyusuli serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, di sini.



Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi bagi membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.



Ia membabitkan rampasan bernilai sekitar RM 6.47 juta. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >