Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo lakukan lawatan kerja ke Poland

May 27, 2023 | 10:56 AM
KUKUH HUBUNGAN: Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean telah mengadakan lawatan rasmi ke Poland dari 25 hingga 26 Mei 2023.
KUKUH HUBUNGAN: Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean telah mengadakan lawatan rasmi ke Poland dari 25 hingga 26 Mei 2023. - Foto ST

MENTERI Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah melakukan lawatan kerja ke Warsaw, Poland dari 25 hingga 26 Mei.

Semasa lawatannya, beliau telah bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Poland, Encik Zbigniew Rau dan beberapa pegawai kanan Poland yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara, pertahanan dan maklumat keselamatan.

Encik Teo dan Encik Rau mengesahkan hubungan baik antara Singapura dan Poland, dan mengalu-alukan usaha untuk mengembangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan. 

Encik Teo juga mengadakan perbincangan baik bersama Encik Rau dan pegawai kanan Poland mengenai krisis Russia-Ukraine yang sedang berlaku, serta perkembangan antarabangsa dan serantau yang lain.

Susulan perbincangan baik yang telah diadakan di Poland, Encik Teo akan meneruskan lawatannya ke Perancis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg