Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SM Teo lawat Hong Kong, temu pemimpin wilayah itu

May 30, 2022 | 05:30 AM



HONG KONG: Menteri Kanan Singapura, Encik Teo Chee Hean, telah mengunjungi Hong Kong sejak semalam hingga Rabu.



Beliau akan bertemu Ketua Eksekutif Hong Kong, Cik Carrie Lam; Encik Leung Chun Ying, mantan ketua eksekutif Hong Kong serta naib pengerusi Sidang Perundingan Politik (PCC) Chinese People; dan Ketua Eksekutif Hong Kong yang bakal dilantik, Encik John Lee.



Mereka akan bertukar pandangan mengenai perkembangan di Singapura, Hong Kong dan rantau lebih meluas serta mengesahkan lagi kerjasama berpanjangan antara dua negara, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam satu kenyataannya semalam.



Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, akan diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan pegawai MFA, dalam kunjungannya itu.



Lawatan ini diadakan ketika Singapura dan Hong Kong melihat ke arah beransur-ansur menyambung semula pertukaran pendapat yang berpunca daripada pandemik koronavirus.



Beliau menghadiri sebuah persidangan kesihatan global di kota ini pada November lalu.



Cik Lam pula dijadualkan menyerahkan kepimpinan Hong Kong kepada Encik Lee menjelang 1 Julai ini.



Encik Lee meraih lebih 99 peratus undian sebagai satu-satunya calon dalam pilihan raya ketua eksekutif pada 8 Mei.



Beliau kini di Beijing untuk bertemu pemimpin tertinggi China menyusuli kejayaannya dalam pilihan raya itu dan dijadualkan pulang ke Hong Kong esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >