Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo temui Menteri Mesir, Imam Besar Universiti Al-Azhar

Sep 14, 2022 | 5:30 AM
PERTEMUAN BERMAKNA: SM Teo (kiri) juga bertemu Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyeb (kanan), pada Ahad dan menyampaikan penghargaan Singapura di atas sokongan Imam Besar kepada para pelajar Universiti Al-Azhar. - Foto MCI
PERTEMUAN BERMAKNA: SM Teo (kiri) juga bertemu Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyeb (kanan), pada Ahad dan menyampaikan penghargaan Singapura di atas sokongan Imam Besar kepada para pelajar Universiti Al-Azhar. - Foto MCI -

MENTERI Kanan (SM) dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah bertemu beberapa menteri Mesir yang terlibat dalam Sidang Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)(COP-27) semasa lawatannya ke Kahirah, Mesir.

SM Teo juga bertemu Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyeb dan menyampaikan penghargaannya di atas sokongan Imam Besar terhadap masyarakat pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar.

Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata SM Teo bertemu Menteri Luar Mesir, Encik Sameh Shoukry; Menteri Alam Sekitar Cik Yasmine Fouad, dan Ketua Perubahan Iklim Peringkat Tinggi PBB Mesir, Dr Mahmoud Mohieldin.

"SM Teo mengesahkan sokongan Singapura terhadap Mesir sebagai presiden dan menyatakan kesediaan Singapura untuk bekerjasama dengan Mesir bagi menjayakan COP-27. Mereka membincangkan cara Singapura dan Mesir boleh bekerjasama dalam bidang yang konkrit seperti kewangan mampan, pasaran karbon dan ketahanan makanan sebagai sebahagian daripada tindakan iklim global,'' ujar MFA. COP-27 akan diadakan di Mesir November ini.

SM Teo telah mengadakan lawatan ke Kahirah dari Ahad hingga semalam.

Beliau juga bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Encik Mahmoud Tawfiq. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan di rantau ini dan mengalu-alukan kerjasama dan pertukaran dalam memerangi keganasan.

Dalam pertemuan dengan Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyeb, SM Teo menghargai sokongan beliau kepada masyarakat pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar.

"Singapura menyokong peranan penting yang dimainkan oleh Al-Azhar dalam dunia Islam. Kedua-dua SM Teo dan Imam Besar bersetuju tentang kepentingan mempromosikan kewujudan bersama secara aman dan persefahaman antara masyarakat agama yang berbeza,'' kata kenyataan MFA.

SM Teo akan mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar hari ini, dan berlepas dari Kahirah ke Paris.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg