Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sokongan, komitmen rakyat Kelantan perlu bagi realisasi agenda M'sia Madani: Anwar

May 14, 2023 | 05:30 AM



KOTA BHARU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sokongan dan komitmen kukuh rakyat Kelantan diperlukan untuk merealisasikan agenda Malaysia Madani.



Berucap di Rumah Terbuka Malaysia Madani di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan, Datuk Anwar berkata Kerajaan Perpaduan menjamin hak rakyat, tidak kira agama atau bangsa, akan sentiasa dilindungi.



"Perlembagaan wilayah, kedudukan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara ini dan para pemimpin Melayu akan sentiasa dijunjung.



"Kerajaan juga tidak akan berkompromi dengan rasuah dan amalan salah menerusi perlaksanaan pembaharuan tadbir urus dan dengan menumpukan kepada pemulihan ekonomi dalam menyokong dan menyedarkan agenda nasional bagi pembangunan Malaysia Madani," katanya.



Acara itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.



Datuk Anwar berkata kerajaan akan sentiasa bertindak secara adil dan tidak akan mengetepikan mana-mana negeri meskipun ada perbezaan ideologi politik untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat.



"Banyak usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan untuk membaiki ekonomi dan piawai kehidupan rakyat di Kelantan tahun ini, seperti dengan mempertingkat akses kepada kemudahan perubatan bagi rakyat setempat dan mengurangkan kesesakan di kemudahan kesihatan yang sedia ada.



"Kerajaan akan memperbaiki dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan Kelantan termasuk di Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, dan Kuala Krai yang berjumlah 38 kemudahan dengan kos keseluruhan sebanyak RM9.3 juta ($2.8 juta)," katanya.



Datuk Anwar berkata kerajaan juga amat bimbang dengan kekerapan banjir yang membelenggu penduduk Kelantan, sambil menambah bahawa sejumlah kajian telah dijalankan dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan isu tersebut.



"Tambahan lagi, binaan Jambatan Palekbang akan menjadi pemangkin bagi pembangunan di Tumpat dan terus mendorong pembangunan Kota Bharu.



"Pembinaan bagi jambatan berkabel dengan dua laluan sepanjang 1.29 kilometer itu dijadualkan selesai pada 2025," katanya.



Rumah Terbuka itu dihadiri ribuan pengunjung.



Ada yang dilaporkan hadir seawal 5.40 petang pada Jumaat, sebelum rumah terbuka itu dibuka secara rasmi pada 7 malam.



Datuk Anwar dikatakan tiba sejurus sebelum 9 malam.



Para pegawai keselamatan dilihat bergegas membuka laluan buat Datuk Anwar melalui lautan manusia yang membanjiri stadium itu.



Ramai yang melaungkan Reformasi - laungan gerakan pembaharuan parti Datuk Anwar - semasa beliau beramah mesra dengan pengunjung.



Seorang suri rumah, Cik Zuraini Ibrahim, 52 tahun, berkata sebuah bas yang ditaja membawanya dari rumahnya di Rantau Panjang atau sekitar 40 kilometer dari Kota Bharu.



"Anak-anak saya yang ajak, maka saya pun datang," katanya kepada akhbar The Straits Times.



Seorang peniaga, Encik Mohd Yusof Daud, 52 tahun yang juga berada di rumah terbuka itu, berkata meskipun beliau penyokong parti pembangkang Perikatan Nasional (PN), beliau akan mengundi kepada parti yang akan memberi kemajuan kepada ekonomi.



"Kerajaan masih belum stabil memandangkan ia masih baru.



"Namun saya boleh lihat bahawa Perdana Menteri sedang berusaha terhadap usaha mendorong ekonomi dan beliau juga menyayangi rakyat," katanya.




"Perlembagaan Federal, kedudukan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara ini dan para pemimpin Melayu akan sentiasa dijunjung.

Kerajaan juga tidak akan berkompromi dengan rasuah dan amalan salah menerusi perlaksanaan pembaharuan tadbir urus dan dengan menumpukan kepada pemulihan ekonomi dalam menyokong dan menyedarkan agenda nasional bagi pembangunan Malaysia Madani."

- Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >