Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan kuat untuk menteri bagi Covid-19 Taro Kono sebagai PM baru Jepun

Tinjauan akhbar Jepun dapati Kono calon paling wajar ambil alih jawatan perdana menteri setelah Yoshihide Suga undur diri
Sep 7, 2021 | 5:30 AM
DISOKONG KUAT PENGUNDI: Menteri yang bertanggungjawab melawan Covid-19, Encik Taro Kono, mendapat sokongan kuat oleh pengundi Jepun untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya. - Foto REUTERS
DISOKONG KUAT PENGUNDI: Menteri yang bertanggungjawab melawan Covid-19, Encik Taro Kono, mendapat sokongan kuat oleh pengundi Jepun untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya. - Foto REUTERS -

TOKYO: Pengundi Jepun memberikan sokongan kuat kepada Encik Taro Kono, menteri yang bertanggungjawab melawan Covid-19, untuk menjadi perdana menteri seterusnya, menurut tinjauan pandangan kedua yang dikeluarkan semalam.

Ini sedang calon berpotensi bersiap sedia membuat pengumuman bahawa mereka akan bertanding dalam kepimpinan parti pemerintah.

Pengumuman mengejutkan Perdana Menteri Yoshihide Suga pada Jumaat lalu bahawa beliau akan mengundurkan diri telah membuat pertandingan kepimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) pada 29 September menjadi kucar-kacir, dengan sebilangan calon bersiap sedia untuk bersaing bagi kedudukan teratas itu.

Majoriti LDP dalam Parlimen memberi jaminan bahawa pemenangnya akan menjadi perdana menteri.

Menurut tinjauan akhbar Yomiuri Shimbun itu, 23 peratus responden berkata Encik Kono, menteri bertanggungjawab bagi vaksin, merupakan individu paling wajar untuk mengambil alih jawatan itu, serupa dengan satu tinjauan kelmarin bahawa 31.9 peratus responden memilih Encik Kono.

Encik Kono memiliki kedudukan tipis dengan mantan menteri pertahanan, Encik Shigeru Ishiba dengan 21 peratus.

Ini diikuti dengan 12 peratus bagi mantan menteri ehwal luar, Encik Fumio Kishida, yang sudah pun secara rasmi mengumumkan pencalonannya.

Encik Kono, 58 tahun, yang sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai menteri ehwal luar dan menteri pertahanan dan mendapat pendidikannya di Universiti Georgetown serta fasih berbahasa Inggeris, kini popular dalam kalangan pengundi muda dan aktif dalam media sosial dalam dua bahasa, dengan 2.3 juta pengikut di laman bahasa Jepunnya sahaja.

Encik Kono telah lama menjadi calon yang lebih disukai bagi perdana menteri dan tidak merahsiakan keinginannya bagi kedudukan itu, namun anggota parti lebih lama bersikap berhati-hati terhadap beliau disebabkan sifatnya yang berterus terang dan reputasi beliau yang tidak ortodoks.

Yang lain pula berasa beliau masih terlalu muda bagi kedudukan itu.

Namun begitu, pada hujung minggu lalu, sebuah rangkaian televisyen melaporkan Encik Kono mempunyai sokongan Encik Suga.

Tanpa adanya calon disebut-sebut akan menang yang jelas pada ketika ini, tindakan perdana menteri terdahulu sebelum Encik Suga, Encik Shinzo Abe, dipantau secara dekat.

Encik Abe melepaskan jawatan itu tahun lalu disebabkan masalah kesihatan, tetapi tetap mempunyai pengaruh dalam dua puak terbesar parti itu dan dalam kalangan penggubal undang-undang konservatif.

Media Jepun melaporkan bahawa Encik Abe akan memberikan sokongan kepada mantan menteri ehwal dalam negeri, Cik Sanae Takaichi, yang berharap menjadi perdana menteri wanita yang pertama di Jepun.

Namun, menurut tinjauan akhbar Yomiuri, Cik Takaichi hanya disokong 3 peratus responden - di belakang Encik Abe pada 5 peratus. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg