Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sokongan terhadap kerajaan Fumio Kishida jatuh

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Tinjauan pendapat umum mendapati, sokongan terhadap kerajaan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida jatuh, berpunca daripada persoalan mengenai hubungan parti pemerintah dengan Gereja Penyatuan dan tindak balasnya terhadap pandemik Covid-19.



Gereja yang diasaskan di Korea Selatan pada 1950-an dan terkenal dengan perkahwinan besar-besarannya, dilihat menyesakkan Encik Kishida sejak 8 Julai lalu selepas bekas perdana menteri Encik Shinzo Abe ditembak dan suspek pembunuhnya mendakwa ibunya dimufliskan gereja dan mempersalahkan Abe kerana mempromosikannya.



Menurut kaji selidik yang dilakukan pada hujung minggu lalu oleh harian Mainichi Shimbun, sokongan terhadap Encik Kishida jatuh kepada 36 peratus daripada 52 peratus sebulan lalu, terendah sejak beliau memegang jawatan Oktober lalu.



Mereka yang percaya hubungan antara Gereja Penyatuan dan Parti Demokratik Liberal(LDP) yang diperintah Encik Kishida sama ada 'masalah yang melampau' atau 'satu masalah' sudah mencecah 87 peratus.



Hanya empat peratus percaya ia tidak menjadi masalah sama sekali.



Encik Kishida merombak kabinetnya pada 10 Ogos lalu dan mengeluarkan beberapa anggota kabinet yang mempunyai hubungan dengan gereja dalam usaha untuk meningkatkan sokongan, tetapi 68 peratus daripada responden berkata, mereka tidak meluluskan langkah itu dengan hanya 16 peratus yang bersetuju.



Kes Covid-19 yang kekal tinggi secara berterusan, mendorong 55 peratus responden mengatakan mereka tidak bersetuju dalam pengendalian kerajaan terhadap situasi itu.



Kelmarin Encik Kishida sendiri diuji positif untuk Covid-19 memaksanya membatalkan perjalanan ke persidangan bantuan di Tunisia.



Mengenai pengebumian negara untuk Encik Abe yang ditetapkan pada 27 September depan, yang akan dibayar oleh kerajaan, 53 peratus berkata mereka menentang idea itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >