Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Solat jumaat di Malaysia: Kerajaan umum dalam 2-3 jam jika perlu tangguh

Mar 13, 2020 | 11:02 AM
TUNGGU KENYATAAN RASMI: Kenyataan rasmi mengenai apakah solat Jumaat di Malaysia akan ditangguhkan akan dikeluarkan pada tengah hari nanti (13 Mac).
TUNGGU KENYATAAN RASMI: Kenyataan rasmi mengenai apakah solat Jumaat di Malaysia akan ditangguhkan akan dikeluarkan pada tengah hari nanti (13 Mac). - - Foto THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan sama ada untuk menangguhkan sembahyang Jumaat berikutan wabak Covid-19 dalam "dua hingga tiga jam" yang akan datang, lapor Malaysiakini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kementeriannya akan berunding dengan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan jika solat Jumaat akan digantikan dengan solat Zohor di rumah.

"Saya bersetuju (atas nasihat Kementerian Kesihatan terhadap perhimpunan awam) tapi kami memerlukan masa yang lebih lama untuk mengesahkannya," katanya dipetik oleh portal berita itu pada jam 9.15 pagi Jumaat (13 Mac).

Kenyataan rasmi mengenai keputusan itu akan dikeluarkan pada tengah hari, sebelum solat hari Jumaat, tambah Dr Zulkifli. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg