Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SpaceX bawa 4 angkawan ke stesen angkasa

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Empat angkasawan berjaya berlepas dengan kapal angkasa SpaceX Crew Dragon 'Resilience' ke Stesen Ang kasa Antarabangsa (ISS), semalam.



Amerika Syarikat berharap misi sulung itu akan menjadi satu rutin, menyusuli kejayaan penerbangan percubaan pada Ogos lalu.



Tiga angkasawan warga Amerika itu - Michael Hopkins, Victor Glover dan Shannon Walker - bersama Soichi Noguchi dari Jepun, berlepas pada 7.27 malam (pagi semalam waktu Singapura) dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.



Ini sekali gus menamatkan pergantungan antarabangsa terhadap roket Soyuz daripada Russia sejak hampir sedekad lalu.



Pelancaran itu berjalan seperti yang dirancangkan apabila roket Falcon 9 berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa).



Tahap pertama pelancaran roket berjaya apabila roket itu mendarat di kapal dron sekitar sembilan minit selepas pelancaran.



"Ini satu perjalanan menakjubkan," kata angkasawan Hopkins di Crew Dragon ke kawalan misi SpaceX kira-kira sejam setelah lepas landas.



Kapal angkasa Crew Dragon secara beransur-ansur memasuki orbitnya selama tempoh 27 jam mendatang, dan bermatlamat 'berlabuh' di ISS pada lewat malam hari ini waktu Singapura.



Sebelum pelancaran telah berlaku sedikit masalah apabila berlaku kebocoran udara yang menyebabkan penurunan tekanan udara di kapsul kurang dua jam sebelum pelancaran, kata pegawai Nasa.



Namun kumpulan teknisyen mengatakan mereka berjaya melakukan pemeriksaan kebocoran, dan pelancaran yang dijadual masih boleh diteruskan.



Perjalanan ke stesen angkasa ISS itu, satu makmal yang melingkari bumi 400 kilometer di atas planet ini, pada asalnya dijadual Sabtu lalu.



Namun ia terpaksa dibatalkan ekoran ramalan angin kuat yang boleh menyebabkan masalah kepada roket kapal angkasa SpaceX Crew Dragon.



"Pelancaran hebat!" kata Presiden Amerika Donald Trump dalam satu tweet.



Naib Presiden Mike Pence menghadiri pelancaran itu dan mengatakan sebelumnya bahawa di bawah Presiden Trump, Amerika telah "memperbaharui komitmen untuk menjadi pemimpin dalam penerokaan angkasa lepas".



Presiden Dipilih Joe Biden mengucapkan tahniah, sambil mengatakan pelancaran itu adalah "bukti kekuatan sains".



Nasa menyifatkan penerbangan itu sebagai misi 'operasi' pertama bagi sistem roket dan kenderaan yang memerlukan tempoh 10 tahun dalam pembangunannya.



Ini mewakili era baru dalam pembangunan kapal angkasa yang dihasilkan secara komersial - dimiliki dan dikendalikan entiti swasta dan bukannya Nasa - untuk menghantar angkasawan Amerika ke orbit.



Satu penerbangan percubaan SpaceX Crew Dragon pada Ogos, dengan membawa hanya dua angkasawan ke dan dari stesen angkasa ISS, menandakan misi angkasa pertama Nasa yang dilancarkan dari tanah Amerika dalam tempoh sembilan tahun, setelah berakhirnya program ulang-alik angkasa pada 2011. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >