Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SpaceX hantar kru amatur ke orbit Bumi buat kali pertama

Sep 17, 2021 | 5:30 AM
TEROKA ANGKASA: Kru amatur (dari kiri) Chris Sembroski, Sian Proctor, Jared Isaacman dan Hayley Arceneaux siap untuk menuju ke angkasa. - Foto REUTERS, AFP
TEROKA ANGKASA: Kru amatur (dari kiri) Chris Sembroski, Sian Proctor, Jared Isaacman dan Hayley Arceneaux siap untuk menuju ke angkasa. - Foto REUTERS, AFP -

CAPE CANAVERAL (Florida): Kapal angkasa SpaceX berlepas dari Florida, Amerika Syarikat kelmarin, membawa seorang hartawan e-dagang dan tiga orang awam yang dipilihnya bagi menaiki penerbangan mengelilingi orbit Bumi pertama melibatkan kru amatur.

Tiada angkasawan dalam kapal angkasa bernama 'Just Read The Instructions' itu dan ia dipandu dari Bumi. Empat sekawan yang diketuai pengasas dan ketua eksekutif firma e-dagang Shift4 Payments itu, Encik Jared Isaacman, berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral pada waktu senja.

Kapal angkasa itu terbang hingga paras orbit lebih 585 kilometer di mana ia akan mengelilingi dunia selama tiga hari dan krunya akan menjalankan beberapa eksperimen.

Kos penerbangan itu tidak didedahkan, tetapi majalah Time berkata Encik Isaacman membayar pemilik SpaceX, Encik Elon Musk, AS$200 juta ($268 juta) bagi kesemua empat kru. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg