Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Spesies haiwan liar merosot hampir 70% dalam 50 tahun

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Populasi spesies haiwan liar yang dipantau telah merosot hampir 70 peratus dalam tempoh 50 tahun, menurut penilaian yang disiarkan semalam - memberi perhatian kepada kemusnahan alam semula jadi akibat kegiatan manusia.



Perangkaan 32,000 populasi daripada lebih 5,000 spesies mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan, Indeks Planet Hidup WWF menunjukkan jumlah kemerosotan kian pantas di seluruh dunia.



Di kawasan kaya biodiversiti seperti Amerika Latin dan Caribbean, angka kehilangan populasi haiwan adalah setinggi 94 peratus.



Di peringkat sejagat, laporan itu mendapati populasi haiwan yang dipantau telah turun 69 peratus sejak 1970.



Encik Marco Lambertini, ketua pengarah WWF International, berkata pihaknya "amat bimbang" dengan data baru itu.



"(Ia menunjukkan) kejatuhan yang dahsyat dalam populasi hidupan liar, khususnya di kawasan tropika yang merupakan kediaman beberapa landskap biodiversiti yang paling banyak di dunia," katanya.



Dr Mark Wright, pengarah sains di WWF, berkata angka itu "benar-benar menakutkan", terutama bagi Amerika Latin.



"Amerika Latin terkenal dengan biodiversitinya. Sudah tentu ia sangat penting untuk banyak perkara lain juga," katanya.



"Ia amat penting untuk mengawal selia iklim. Kami menganggarkan pada masa ini terdapat kira-kira 150 hingga 200 bilion ton karbon yang terkunci dalam hutan Amazon."



Itu bersamaan dengan 550 hingga 740 bilion ton CO2, atau 10 hingga 15 kali lebih banyak daripada pelepasan tahunan gas rumah hijau pada kadar semasa.



Indeks itu mendapati spesies air tawar telah merosot lebih banyak daripada yang ditemui di mana-mana habitat lain, dengan populasi turun 83 peratus sejak 1970.



Laporan itu mendapati pemacu utama kehilangan hidupan liar adalah kemerosotan habitat akibat pembangunan dan pertanian, eksploitasi, pengenalan spesies invasif, pencemaran, perubahan iklim dan penyakit.



Encik Lambertini berkata dunia perlu memikirkan semula amalan pertanian yang berbahaya dan membazir sebelum rantaian makanan sejagat runtuh.



"Sistem makanan hari ini bertanggungjawab bagi lebih 80 peratus penebangan hutan di darat, dan jika anda melihat lautan dan air tawar, ia juga mendorong keruntuhan stok perikanan dan populasi di habitat tersebut," katanya.



Dengan pemimpin dunia yang akan bersidang di Montreal bagi sidang puncak biodiversiti COP15 pada Disember, penulis laporan itu meminta komitmen antarabangsa agar melindungi alam semula jadi, sama dengan Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim.



Laporan Planet Hidup berpendapat bahawa meningkatkan usaha pemuliharaan dan pemulihan, menghasilkan dan mengambil makanan dengan lebih mampan, dan menyahkarbon dengan cepat serta mendalam semua sektor boleh mengurangkan krisis berkembar perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.



Ia juga menyeru agar pemerintah mengambil kira penggubalan dasar dengan betul nilai perkhidmatan yang diberikan oleh alam semula jadi, seperti makanan, ubat-ubatan dan bekalan air.



"Kita perlu menekankan hakikat bahawa kehilangan alam semula jadi bukan sekadar isu moral kewajipan kita untuk melindungi seluruh dunia. Ia sebenarnya isu nilai material, isu keselamatan untuk manusia juga," kata Encik Lambertini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >