KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah dibuat bagi kepentingan pihak tertentu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata SPR menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan kuasa bagi melulus syor tersebut terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan setiap Anggota Parlimen boleh membahaskannya di Dewan Rakyat kelak.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg