Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SPRM: Empat pegawai syarikat import daging direman di Johor

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku di sini direman empat hari bermula semalam.



Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan semalam.



Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi berkata mereka yang direman berusia antara 39 hingga 50 tahun.



"Empat yang direman membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang pengarah syarikat lain. Mereka ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.



Datuk Azmi berkata SPRM akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dalam menjalankan siasatan berkenaan isu kartel daging import.



Katanya, SPRM memandang serius perkara itu, yang membabitkan kepentingan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini. Masyarakat Islam di Malaysia kecoh selepas timbul dakwaan baru-baru ini bahawa daging beku tidak halal dieksport ke Malaysia menerusi kartel daging yang menjual daging beku tidak halal menggunakan label halal palsu.



Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan. Sindiket itu dikatakan telah beroperasi selama 40 tahun dengan memberi rasuah dalam bentuk wang dan seks kepada pegawai untuk membenarkan daging yang belum disahkan halal, termasuk kemungkinan daging kanggaru dan kuda telah mati, diseludup ke Malaysia dan dijual sebagai daging halal.



Pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas sebuah syarikat yang mengimport daging dari Argentina, Brazil, China dan Ukraine dan menjualnya semula menggu nakan label halal palsu.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Ja kim) telah mengumumkan satu rancangan tindakan bagi menangani skandal itu.



Timbalan Ketua Pengarah (operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata agensi itu, yang bidang tugasnya merangkumi pengesahan halal daging, telah memperkenal beberapa daya usaha bagi menyelesaikan masalah tersebut.



"Perbincangan dan mesyuarat dengan badan-badan berkaitan telah dan akan terus dilakukan dari masa ke masa. Kami juga akan mempertingkat lawatan ke rumah penyembelihan dan pusat pengumpulan daging yang diimport, serta menyelesaikan prosedur operasi standard (SOP) yang diperbaiki menjelang Januari," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >