Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM tidak terima laporan kartel haji

Jul 15, 2022 | 5:30 AM
2882a179-890f-4ed8-a263-1cb52f4381a6
-

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang aduan untuk menyiasat Lembaga Tabung Haji (TH) atas dakwaan salah laku berhubung pemilihan jemaah Islam untuk menunaikan haji.

"Kami belum dimaklumkan," Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki i sebagai menjawab surat tular tanpa nama yang mendakwa "kartel haji" dalam TH yang membuat pilihan ke atas umat Islam untuk mengisi kuota haji tahunan ke Makkah.

TH juga mendapat kecaman daripada Persatuan Agensi Pengembaraan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) yang turut mendakwa kartel menjalankan pemilihan haji tempatan setiap tahun, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam bahawa mereka mungkin tidak dapat menunaikan Rukun Islam itu.

Papuh menggesa supaya amalan 'Kartel TH' dalam soal pemilihan agensi pelancongan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) dapat dihapuskan.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, menyarankan setiap agensi pelancongan yang diberi kelulusan PJH diulang ganti setiap dua tahun sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata TH tiada kaitan langsung dengan isu kartel atau visa furada.

Beliau berkata, adalah tidak wajar agensi itu dipersalah kerana TH sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan menjaga nama baik Malaysia malah sentiasa mengutamakan kebajikan jemaah haji.

Datuk Idris berkata, bagi membuktikan TH tidak melakukan sebarang kesalahan, pihaknya sedia disiasat oleh SPRM pada bila-bila masa.

Kelmarin, TH turut menafikan kewujudan kartel dalam soal pemilihan agensi pelancongan sebagai PJH.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mana-mana syarikat pelancongan boleh memohon untuk menjadi PJH yang berlesen dan akan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg