Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura kecam pengeboman gereja Indo: MFA

Mar 29, 2021 | 9:36 PM
SIASATAN DIJALANKAN: Beberapa pegawai polis forensik sedang meninjau situasi yang melanda di hadapan gereja Katolik di Makassar, Sulawesi Selatan, menyusuli pengeboman yang berlaku pada Ahad (28 Mac). - Foto EFA-EPA
SIASATAN DIJALANKAN: Beberapa pegawai polis forensik sedang meninjau situasi yang melanda di hadapan gereja Katolik di Makassar, Sulawesi Selatan, menyusuli pengeboman yang berlaku pada Ahad (28 Mac). - Foto EFA-EPA -

SINGAPURA mengecam pengeboman yang berlaku di pekarangan gereja Katolik di Makassar di Sulawesi Selatan pada Ahad (28 Mac).

Dalam kenyataannya pada Isnin (29 Mac), Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata tiada yang dapat mewajarkan keganasan sedemikian berlaku ke atas orang awam dan ruang agama yang tidak bersalah.

"Kami mengharapkan agar mereka yang cedera akan cepat sembuh sepenuhnya dan menyokong usaha pemerintah Indonesia dalam memastikan keselamatan awam," jelas kenyataan itu.

Tiada laporan tentang warga Singapura yang terjejas dengan kejadian itu. Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta di talian +62 811 863 348 atau Pejabat Bertugas MFA di talian +65 6379 8800/8855.

Warga Singapura di luar negara dinasihatkan agar berdaftar dalam talian dengan MFA.

Dalam kejadian pada Ahad, dua anggota kumpulan pelampau Daesh yang juga dipersalahkan atas letupan gereja lain termasuk serangan maut di Filipina pada 2019 didapati merupakan dalang keganasan tersebut.

Dua suspek itu terbunuh ketika mereka menunggang sebuah motosikal ke pekarangan gereja, sebelum meledakkan apa yang dikatakan pihak berkuasa sebagai alat peledak buatan yang dikenali sebagai bom periuk tekanan.

Sekitar 20 penganut Kristian cedera ketika menyambut permulaan Minggu Suci di gereja itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg