SINGAPURA mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Istiklal Street, Istanbul, pada 13 November lalu yang mengakibatkan kehilangan nyawa tidak berdosa dan ramai lain cedera.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam berkata, ia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan mereka yang cedera agar pulih segera.
Kedutaan Singapura di Ankara telah berhubung dengan rakyat Singapura di Istanbul yang telah mendaftar secara elektronik dengan MFA.
"Sejauh ini belum ada laporan mana-mana warga Singapura yang terkesan akibat pengeboman itu," kata MFA.
Rakyat Singapura di Turkey dinasihatkan untuk berhati-hati, memantau berita setempat dan menuruti arahan pihak berkuasa tempatan.
Warga Singapura yang melakukan perjalanan ke Turkey digalakkan untuk membuat pendaftaran secara elektronik dengan MFA dihttps://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum berbuat demikian.
Warga Singapura di Turkey yang memerlukan bantuan konsular boleh hubungi Kedutaan Singapura di Ankara; Konsulat-Agung Kehormat di Istanbul, atau menelefon Pejabat Bertugas MFA seperti berikut:
Tel: +90 530 066 7311
E-mel: singemb_ank@mfa.sg
Tel: +90 212 339 1852
E-mel: info.singaporeconsul@fibaholding.com.tr
Tel: +65 6379 8800 / 8855 (talian 24 jam)
E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg