Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura lahir 'keprihatinan mendalam' kemelut politik Myanmar

Feb 2, 2021 | 5:30 AM
52d6f93b-78a0-433f-b500-45dd75eeaabe
-

SINGAPURA semalam melahirkan "keprihatinan mendalam" terhadap krisis politik di Myanmar.

"Kami sedang memantau keadaan dengan rapi dan berharap semua pihak terlibat akan mengambil sikap mengawal diri, mengekalkan dialog dan bekerja ke arah hasil yang positif dan aman," kata jurucakap untuk Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA).

"Myanmar adalah rakan rapat Singapura dan anggota utama Asean (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara). Kami berharap keadaan akan kembali aman secepat mungkin."

MFA dalam kenyataannya juga menasihati rakyat Singapura untuk mendaftarkan diri mereka secara elektronik dengan MFA.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular semasa di Myanmar boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Yangon di talian +95-1-9-559-001 atau 09-250-863-840.

Mereka juga boleh menghubungi pejabat MFA (24 jam) di talian +65-6379-8800/8855.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg