Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura, M'sia teroka pengiktirafan sijil vaksin Covid-19 bersama

Mar 23, 2021 | 03:49 PM



PUTRAJAYA: Singapura dan Malaysia setuju untuk berusaha mengiktiraf sijil vaksin masing-masing untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa akan datang.



Kedua-dua negara juga setuju membenarkan perjalanan rentas sempadan atas dasar keihsanan dalam beberapa bulan mendatang.



Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan telah bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada Selasa (23 Mac).



Mereka bersetuju memulihkan perjalanan rentas sempadan bagi kumpulan pelancong lain secara progresif di samping Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) sedia ada serta Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA), kata kededua menteri dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar.



Singapura dan Malaysia akan mengambil kira situasi Covid-19 di kedua-dua negara dan akan memastikan "kesihatan dan keselamatan awam penduduk di kedua-dua negara".



Perincian operasi sijil vaksin tersebut termasuk syarat-syarat terperinci, protokol kesihatan dan proses permohonan untuk masuk dan keluar ke Malaysia dan Singapura akan dibincangkan dan disahkan kedua-dua belah pihak.



"Harap-harap apabila kedua-dua perdana menteri bertemu, kami dapat membuat pengumuman," ujar Dr Balakrishnan.



Singapura dan Malaysia juga berjanji untuk berusaha memperluas program vaksinasi  masing-masing untuk memberi vaksin kepada penduduk jangka panjang, termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura dan rakyat Singapura yang tinggal di Malaysia.



Dr Balakrishnan dan Datuk Seri Hishammuddin juga mengadakan perbincangan konstruktif mengenai rancangan vaksinasi nasional yang sedang dijalankan di kedua-dua negara serta membincangkan bagaimana ini dapat memudahkan perjalanan rentas sempadan dalam waktu terdekat, menurut kenyataan itu lagi.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >