Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

S’pura-AS teroka bidang kerjasama baru, erat hubungan dua hala: DPM Wong

Bidang kerjasama baru termasuk teknologi, penerokaan angkasa lepas dan tenaga hijau
Oct 15, 2023 | 01:43 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat akan terus memainkan peranan dominan di dunia pada masa hadapan terdekat dan Singapura akan mengembangkan hubungan dua hala kepada bidang baru seperti teknologi, penerokaan angkasa lepas dan tenaga hijau, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.


Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian pada Jumaat di akhir lawatannya selama 10 hari ke Amerika.

Menarik perhatian bahawa pertahanan dan keselamatan sentiasa menjadi tunggak utama hubungan itu, Encik Wong berkata Singapura berusaha untuk melampaui bidang tradisional ini.

“Kami telah melancarkan dialog mengenai teknologi kritikal dan yang baru muncul. Kami sedang melihat bagaimana boleh melakukan lebih banyak dari segi penerokaan di angkasa lepas; kami sedang melihat kerjasama dalam penyelesaian tenaga hijau,” katanya.

Tambahan lagi, Amerika dan Singapura juga bekerjasama untuk menyampaikan bantuan teknikal kepada negara-negara di rantau Kepulauan Pasifik.

Sambil mengakui bahawa dunia yang semakin berbilang kutub akan menjadikan suasana lebih kompleks, beliau berkata Amerika akan mengekalkan peranan utamanya.

Encik Wong juga berkata peluang Amerika mengungguli dunia masih baik.

“Prestasi masa lalu bukanlah peramal kejayaan masa depan; tetapi apabila anda melihat kepada pemacu asas enjin ekonomi Amerika – penyelidikan canggih yang mereka ada; universiti terbaik di dunia berada di Amerika; masyarakat terbuka yang menarik bakat dari mana-mana di seluruh dunia – saya fikir ini semua adalah pemacu penting inovasi, pertumbuhan dan kemakmuran Amerika.

“Untuk masa hadapan yang boleh dijangka, sekurang-kurangnya, saya fikir Amerika akan terus mempunyai kedudukan utama yang sangat kukuh.

Encik Wong berkata terdapat “agenda penuh di hadapan” untuk hubungan Amerika-Singapura.

Antara lain, Encik Wong telah bertemu Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan; Setiausaha Perdagangan, Cik Gina Raimondo; Wakil Perdagangan, Cik Katherine Tai; dan Pengarah Majlis Ekonomi Negara, Cik Lael Brainard.

Amerika ialah pelabur langsung asing terbesar di Singapura, dengan saham pelaburan bernilai $421.8 bilion pada 2022. Pelaburannya di Singapura lebih besar daripada pelaburan Amerika di China, Jepun dan Korea Selatan digabungkan.

Singapura ialah pelabur Asia ketiga terbesar di Amerika, selepas Jepun dan Korea Selatan, dengan saham pelaburan bernilai AS$57.5 bilion ($78.8 bilion) pada 2022.

Semasa perbincangannya di Washington, Encik Wong juga mengulangi komitmen Singapura terhadap tenaga hijau dan pelepasan sifar bersih menjelang 2050 walaupun merupakan negara yang kurang kelebihan tenaga alternatif.

Singapura sedang meneroka semua pilihan untuk mengurangkan pengeluaran karbon sektor kuasanya, termasuk teknologi baru seperti hidrogen karbon rendah dan sistem tenaga geoterma termaju.

“Dalam konteks ini, Encik Wong menyatakan minat Singapura untuk bekerjasama dengan Amerika untuk meneroka kemungkinan peranan tenaga nuklear awam dalam peralihan tenaga hijau,” kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam ucapannya kepada media, Encik Wong berkata Singapura tidak mempunyai sebarang cara mudah untuk mencapai sifar bersih kerana ia tidak mempunyai cara untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui secara berskala.

“Suria, kita tidak mempunyai tanah yang mencukupi; angin dan pasang surut, ini bukan pilihan untuk kami,” katanya.

“Semuanya sangat awal dan pada peringkat penerokaan kerana kami tidak membuat sebarang keputusan,” ujarnya mengenai keputusan Singapura untuk mengkaji tenaga nuklear awam.

“Oleh kerana teknologi sedang berkembang dan anda melihat pilihan nuklear yang lebih baru, lebih selamat, berkembang, kami ingin mengkaji ini, bukan menghalangnya pada peringkat awal dan membina kapasiti dalam bidang ini. Jadi itu adalah salah satu bidang khusus baru yang kami sedang lihat untuk bekerjasama dengan Amerika,” tambah Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >