S'pura, UAE boleh kerjasama raih manfaat Inisiatif Belt and Road
Premium
S'pura, UAE boleh kerjasama raih manfaat Inisiatif Belt and Road
Sebagai hab penerbangan dan logistik, dua negara ini mampu main peranan besar
Feb 12, 2018 | 5:30 AM

CARI SINERGI: Anggota panel yang terdiri daripada (dari kirii) Encik Fahad Al Gergawi; Dr Brian Shegar; Setiausaha Agung Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE, Encik Jamal Al Jarwan; Encik Mohammad Juma Al Musharrkh, Pengarah Pejabat FDI Sharjah, Shrooq; Pengarah Agung, Encik Ali Essa Al Nuaimi - lihat banyak ruang kerjasama bagi Singapura dan UAE memanfaatkan inisiatif One Belt, One Road. - Foto SBF -
SINGAPURA dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) boleh mencari sinergi dan bekerjasama dalam bidang seperti penerbangan dan logistik bagi memanfaatkan peluang di bawah Inisiatif Belt and Road (BRI).
Ini memandangkan kededua negara itu adalah hab penerbangan dan logistik global di rantau masing-masing, kata para anggota panel dalam satu sesi perbincangan semasa Forum Perniagaan dan Pelaburan UAE-Singapura, di Hotel Shangri-La baru-baru ini.

