S'pura-Vietnam bincang usaha pertingkat kerjasama lebih luas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura-Vietnam bincang usaha pertingkat kerjasama lebih luas

May 14, 2022 | 5:30 AM

S'pura-Vietnam bincang usaha pertingkat kerjasama lebih luas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
HUBUNGAN BAIK: Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong (kanan) bertemu Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, di Washington pada 12 Mei 2022. - Foto ZAOBAO
HUBUNGAN BAIK: Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong (kanan) bertemu Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, di Washington pada 12 Mei 2022. - Foto ZAOBAO -

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan rakan sejawatan dari Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, berkata hubungan dua hala antara kededua negara amat baik, semasa satu pertemuan di Washington.

Kededua pemimpin juga berkata mereka mengharap dapat bersama memperingati ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara Singapura dengan Vietnam, serta ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik antara kededua negara pada tahun depan, kata setiausaha akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, dalam satu kenyataan.

Encik Lee dan Encik Chinh juga membincangkan usaha mempertingkat kerjasama dua hala lebih luas antara kededua negara.

Encik Lee juga mengucapkan tahniah kepada Encik Chinh atas acara pembukaan Sukan SEA ke-31 di Hanoi.

Kededua pemimpin itu bertemu kelmarin sebelum Sidang Puncak Khas Asean-Amerika Syarikat yang bermula semalam.

Kededua perdana menteri dan pemimpin negara Asean lain juga dijamu makan tengah hari dengan pemimpin Kongres Amerika di Capitol Hill oleh Speaker Dewan Amerika, Cik Nancy Pelosi.

Bercakap dengan wartawan kelmarin, seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika berkata:

"Buat sekian lama, satu aspek penting di Capitol Hill adalah penglibatan di Asia Tenggara, dan ini akan diteruskan... Ia adalah amat penting bagi pemimpin dari rantau itu melihat komitmen bipartisan kepada Indo-Pasifik yang tentunya telah kita lihat dalam tempoh setahun setengah yang lalu."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg