Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura,WTO meterai janji lindungi lautan dunia

Feb 12, 2023 | 5:30 AM
LINDUNGI LAUTAN DUNIA: Duta Tan Hung Seng (kiri) dan Ketua Pengarah WTO, Cik Ngozi Okonjo-Iweala. - Foto WTO
LINDUNGI LAUTAN DUNIA: Duta Tan Hung Seng (kiri) dan Ketua Pengarah WTO, Cik Ngozi Okonjo-Iweala. - Foto WTO -

SINGAPURA telah menjadi anggota kedua yang memeterai perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk melindungi lautan dunia.

Kelmarin, Singapura secara rasmi menerima perjanjian perdagangan pelbagai hala pertama yang memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar serta menjadi negara pantai pertama yang berbuat demikian.

Perjanjian itu menetapkan peraturan global yang mengharamkan subsidi penangkapan ikan yang berbahaya - faktor utama di sebalik kehabisan stok perikanan dunia, kata WTO, yang berpangkalan di Geneva.

Sokongan Singapura mengikut sokongan Switzerland, yang mengesahkan perjanjian itu pada 20 Januari.

Bagi perjanjian itu beroperasi, dua pertiga daripada 164 anggota WTO perlu menyerahkan kenyataan penerimaan mereka dengan pertubuhan tersebut.

Perjanjian pelbagai hala itu melarang sokongan pada penangkapan haiwan marin liar yang tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak terkawal, serta memancing stok berlebihan di samping menangkap ikan di laut lepas yang tidak terkawal.

Ketua Pengarah WTO, Cik Ngozi Okonjo-Iweala, berkata:

"Penerimaan rasmi Singapura dalam Perjanjian WTO mengenai Subsidi Perikanan adalah langkah penting ke arah penguatkuasaan perintah larangan ini.

"Ia menambah kepada kepelbagaian ekonomi yang diperlukan untuk usaha kolektif menegakkan kelestarian lautan di seluruh dunia."

Singapura telah menjadi penyokong teguh sistem perdagangan pelbagai hala dan merupakan peserta aktif dalam kedua-dua rundingan subsidi perikanan dan perbincangan berterusan mengenai perdagangan dan alam sekitar, kata Dr Okonjo-Iweala.

Perjanjian itu, yang dicapai pada Jun 2022, dibuat selepas lebih dua dekad rundingan, menurut badan pemikir bebas Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Mampan.

Ia juga menubuhkan dana untuk membantu negara membangun dan negara kurang membangun menyokong kemampanan dalam perikanan dan menamatkan subsidi perikanan yang berbahaya.

Sehingga kini, anggota WTO termasuk Jepun, Australia dan Kesatuan Eropah telah mengikrarkan jutaan dolar kepada dana dalam bantuan teknikal dan pembinaan kapasiti bagi negara-negara ini untuk melaksanakan kewajipan perjanjian itu.

Rundingan untuk membincangkan isu tertunggak itu sedang diteruskan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg