Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka buka menara 350 meter, dibiayai pinjaman China

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Satu menara komunikasi gah berwarna hijau dan ungu di Sri Lanka yang dibiayai menerusi pinjaman wang yang disediakan China, yang menjadi lambang hubungan erat puak Rajapaksa dengan Beijing, China, akan dibuka minggu ini menurut pengendalinya Isnin lalu.



Akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Lotus Tower (Menara Teratai) setinggi 350 meter yang menelan belanja AS$113 juta ($159.26 juta), berdepan pelbagai tuduhan rasuah sejak pembinaan bermula pada 2012 di bawah bekas presiden Encik Mahinda Rajapaksa.



Ia merupakan salah satu daripada beberapa projek 'gajah putih' yang dibina menerusi wang pinjaman dari China.



Abang kepada Encik Mahinda Rajapaksa, Encik Gotabaya Rajapaksa, telah digulingkan rakyat daripada jawatan presiden pada Julai lalu selepas krisis ekonomi Sri Lanka terus memburuk.



Menurut Colombo Lotus Tower Management Company - syarikat milik pemerintah Sri Lanka - ia memutuskan untuk membuka ruang pemerhatian di menara itu kepada orang awam mulai kelmarin bagi menikmati pendapatan jualan tiket untuk mengurangkan kerugian.



"Kita tidak boleh biarkan ia terus tutup. Kos penyelenggaraan amat tinggi," kata ketua eksekutif, Encik Prasad Samarasinghe kepada wartawan.



"Kami ingin meraih pendapatan bagi penjagaan bangunan dan merubahnya menjadi sebuah pusat hiburan," ujarnya lagi.



Syarikat itu berharap ia dapat menyewakan ruang kedai dan ruang pejabat, termasuk restoran berputar di bawah tingkat ruang pemerhatian yang menawarkan pemandangan ibu kota yang sesak serta sekitaran Lautan Hindi.



Syarikat penyiar berita berkata, struktur menara itu, yang tidak boleh memberi liputan ke seluruh pulau apalagi mempertingkat daya transmisi sedia ada yang dipancarkan dari sebuah gunung di tengah Sri Lanka, bukanlah sebuah menara komunikasi berguna.



Satu stesen media tempatan pada Isnin lalu menyifatkannya sebagai "kisah pembaziran sebuah menara yang tidak boleh dibanggakan", dan hanyalah satu 'projek cantik' Rajapaksa yang ingin meniru menara TV dan Radio Pusat Beijing setinggi 405 meter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >