Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka henti jual bahan api, minta penduduk jangan keluar rumah

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Sri Lanka telah membataskan bekalan bahan tenaga secara tiba-tiba selain menyuruh penduduk jangan keluar rumah, sekali gus meningkatkan risiko lebih banyak kekacauan.



Ini sedang pemerintah negara itu bergelut untuk menyediakan barangan keperluan berikutan krisis hutang pemerintah yang melumpuhkan ekonomi negara itu selama berbulan lamanya.



Kabinet negara itu kelmarin memutuskan untuk membataskan pengagihan bahan tenaga kepada perkhidmatan penting sahaja sehingga 10 Julai, kata jurucakap pemerintah, Encik Bandula Gunawardena, dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, sambil menambah bahawa pengangkutan awam antara wilayah mungkin terhenti.



"Pelabuhan, khidmat kesihatan, pengangkutan makanan akan disediakan petrol dan diesel manakala semua sektor lain diminta tinggal di rumah dan menyediakan khidmat dalam talian dalam masa sukar ini," kata Encik Gunawardena.



"Negara kita sedang menghadapi keadaan kewangan dan krisis pertukaran asing yang belum pernah berlaku sebelum ini."



Perdana Menteri Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, memberitahu penggubal undang-undang minggu lalu bahawa ekonomi negara itu telah "runtuh sepenuhnya", sambil mengatakan Sri Lanka tidak dapat membeli bahan tenaga sedang kekurangan barang keperluan dan elektrik bertambah buruk.



Pemerintahnya sedang berbincang dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) serta negara pemiutang seperti India dan China untuk mendapatkan dana baru untuk membayar import selepas ia gagal membayar bon dolarnya awal tahun ini dan menyaksikan rizab asing berkurangan.



Pemerintah Sri Lanka telah pun menutup sekolah dan meminta penjawat awam bekerja dari rumah untuk mengurangkan pengangkutan, menyebabkan banyak jalan raya di sekitar ibu kota Colombo lengang sejak beberapa hari lalu.



Ini walaupun ribuan kenderaan masih dilihat beratur berkilometer panjang untuk menantikan giliran di stesen minyak.



Bantahan ganas meletus pada Mei lalu selepas abang kepada Presiden Gotabaya Rajapaksa meletak jawatannya sebagai perdana menteri berikutan pertempuran antara penyokong pemerintah dengan penentangnya.



Walaupun Presiden Rajapaksa sejak itu telah meraih lebih banyak sokongan di Parlimen dan berikrar menghabiskan khidmat dua tahun terakhirnya, ketegangan kekal tinggi.



Pada masa sama, Sri Lanka merancang membenarkan syarikat asing mengagihkan bahan tenaga dalam usaha mengurangkan kekurangan bahan itu yang telah melumpuhkan kebanyakan aktiviti ekonomi, kata Menteri Tenaga, Encik Kanchana Wijesekera.



Gabenor Bank Pusat Sri Lanka juga telah bersetuju membuat bayaran tertunggak kepada syarikat bagi bekalan bahan tenaga, kata pejabat presiden dalam satu kenyataan lewat kelmarin.



Presiden Rajapaksa juga mengarahkan pegawai pemerintah agar mengambil "tindakan segera untuk mengimport bahan tenaga menggunakan dana sedia ada," katanya tanpa mengulas lanjut.



Pemerintah Sri Lanka juga menghantar utusannya ke Qatar dan Russia minggu ini untuk mendapatkan bekalan minyak baru dan mengharapkan kelulusan daripada India bagi satu saluran kredit AS$500 juta ($693 juta) bagi import bahan tenaga. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >