Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sri Lanka laksana perintah darurat

Jul 13, 2022 | 5:05 PM
CUBA MASUK RUMAH PERDANA MENTERI: Polis melepaskan gas pemedih mata ke atas rakyat Sri Lanka yang mengadakan bantahan besar-besaran dan cuba memasuki kediaman rasmi perdana menteri negara itu.
CUBA MASUK RUMAH PERDANA MENTERI: Polis melepaskan gas pemedih mata ke atas rakyat Sri Lanka yang mengadakan bantahan besar-besaran dan cuba memasuki kediaman rasmi perdana menteri negara itu. - Foto AFP

COLOMBO: Polis Sri Lanka melaksanakan perintah darurat di seluruh Wilayah Barat, termasuk ibu kota Colombo, untuk membendung bantahan yang semakin meningkat selepas presiden negara itu, Encik Gotabaya Rajapaksa, melarikan diri ke Maldives dengan menaiki pesawat tentera.

"Terdapat bantahan berterusan di luar pejabat perdana menteri di Colombo dan kami perlukan perintah darurat untuk mengawal keadaan," kata seorang pegawai kanan polis.

Ribuan penunjuk perasaan telah cuba memasuki pejabat perdana menteri, mendorong polis melepaskan gas pemedih mata untuk menahan mereka daripada menceroboh kawasan itu.

Sebelum ini, Encik Rajapaksa telah melarikan diri dari negara itu, beberapa jam sebelum beliau dijadual berundur selepas bantahan meluas berhubung pengendalian krisis ekonomi pulau itu.

Beliau, isteri dan dua pengawal peribadinya meninggalkan lapangan terbang antarabangsa utama berhampiran Colombo dengan menaiki pesawat tentera udara Sri Lanka, kata tentera udara dalam satu kenyataan.

Penerbangan presiden itu sekali gus menamatkan pemerintahan keluarga Rajapaksa yang telah berkuasa dan mendominasi politik di negara Asia Selatan itu sejak dua dekad lalu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg