Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal

Sep 5, 2022 | 3:31 PM
Najib Tun Abdul Razak
Najib Tun Abdul Razak - Foto: Reuters

KUALA LUMPUR: Status bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sebagai Ahli Parlimen (AP) Pekan, kekal buat masa ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan tindakan Datuk Seri Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, mengemukakan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin (5 Sep). Menurut undang-undang, mantan presiden Umno itu akan kehilangan kelayakan sebagai AP Pekan (Pahang) secara automatik selepas 14 hari, bermula 24 Ogos lalu sekiranya tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh ini. Langkah ini selaras dengan Perkara 48 (5 Sep) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai AP jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas. Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.75 juta) yang dikenakan ke atas Datuk Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta ($13.15 juta) milik SRC International Sdn Bhd.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg