Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Stesen kereta api sesak pada hari pertama Jakarta perintah darurat

Mar 23, 2020 | 7:34 PM
SESAK: Stesen kereta api dipenuhi ramai penumpang sedang pengendali pengangkutan tidak melaksanakan perjalanan yang diatur. FOTO: JKINFO/INSTAGRAM
SESAK: Stesen kereta api dipenuhi ramai penumpang sedang pengendali pengangkutan tidak melaksanakan perjalanan yang diatur. FOTO: JKINFO/INSTAGRAM -

JAKARTA - Stesen keretapi di ibu kota Indonesia dan bandar satelit-nya menyaksikan kesesakan orang ramai pada Isnin (23 Mac) akibat kekeliruan pada hari pertama, Jakarta melaksanakan perintah darurat yang akan berlangsung selama dua minggu.

Perintah tersebut ia diumumkan Gabernor Jakarta, Encik Anie Baswedan pada Jumaat (20 Mac) lalu.

Penumpang terpaksa menyelit dalam kereta api yang sudah dipenuhi ramai orang, sedang pengendali pengangkutan tidak melaksanakan jadual perjalanan yang diatur, lapor The Straits Times (ST).

Masa perkhidmatan pengangkutan seperti kereta api dan bas juga dipendekkan di bandar tersebut yang kini sedang bersiap sedia untuk berdepan dengan jumlah jangkitan koronavirus yang meningkat secara mendadak.

Tambahan pula, para pekerja, termasuk jururawat dan mereka yang bertugas dalam sektor perkhidmatan telah mengadu di media sosial bahawa keadaan huru-hara akibat kekurangan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyebabkan ramai lambat datang ke kerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg