Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suami isteri maut disambar petir ketika jogging di taman di Selangor

Mar 13, 2017 | 09:37 AM



SELANGOR: Sepasang suami isteri yang sedang berjoging petang terbunuh apabila mereka disambar petir di sebuah taman di Jalan Kenari, Puchong Jaya, pada Ahad (12 Mac).



Mayat Encik Yee Boon Koo, 59 tahun, dan Cik Ooi Lee Chen, 57 tahun, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas trek jogging, lapor akhbar New Straits Times (NST).



Polis berkata mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan kepala Encik Yee berdarah.



Sekaki payung tidak dibuka ditemui berhampiran pasangan itu, manakala tanda terbakar dan serpihan dari jalan yang rosak juga dilaporkan dikesan kurang satu meter dari mayat mereka.



Seorang saksi berkata beliau mendengar jeritan sebelum melihat pasangan itu di atas tanah.



Hujan belum turun apabila kejadian itu berlaku, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >