Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INSIDEN TEMBAKAN DI TEXAS

Suami kepada guru terbunuh, meninggal akibat serangan jantung

May 28, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Suami kepada seorang guru darjah empat yang terbunuh ketika cuba melindungi muridnya semasa insiden penembakan pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah rendah di Texas, meninggal dunia akibat serangan jantung.



Encik Joe Garcia rebah dan meninggal dunia kelmarin ketika bersiap untuk upacara pengebumian Cik Irma Garcia, guru yang menjadi kekasihnya sejak di sekolah menengah dan isterinya selama 24 tahun, lapor New York Times.



Cik Debra Austin, yang mengaku beliau adalah sepupu kepada Cik Garcia, berkata bahawa Encik Garcia "meninggal dunia secara tragis pagi ini (Khamis) akibat cemas".



"Saya yakin Joe meninggal dunia akibat patah hati kerana kehilangan seorang yang amat dicintai dalam hidupnya," tambah Cik Debra.



Encik John Martinez, yang mengenalkan dirinya sebagai anak saudara Encik Garcia, juga menulis tweet memberitahu NBC bapa saudaranya meninggal dunia selepas pulang dari menghantar bunga ke tempat peringatan untuk isterinya.



Insiden tembakan itu berlaku di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, kira-kira 80 kilometer ke barat San Antonio.



Suspek merupakan seorang remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Salvador Ramos.



Tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas itu mendorong diadakan satu perhimpunan bagi menyokong usaha dikuatkuasakan kawalan senjata api ke Washington.



Perhimpunan itu menuntut agar penggubal undang-undang meluluskan undang-undang keganasan senjata api.



Pemimpin dunia mengecam insiden tembakan rambang di sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat, yang mengakibatkan 19 murid dan dua orang guru guru terbunuh.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, turut meminta agar bangkit menentang lobi pemilikan senjata api di negara itu yang menrusakkan imej negara tersebut.



"Apa yang mengejutkan saya adalah insiden tembakan rambang seperti ini jarang berlaku di tempat lain di dunia," katanya.



Encik Biden bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, mengecam insiden tembakan rambang itu.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, yang bergantung kepada bekalan senjata Amerika untuk menentang pencerobohan Russia, menyifatkan kejadian tembakan itu sebagai "mengerikan".



Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata beliau juga menyuarakan kemarahan bersama individu lain yang berjuang menamatkan keganasan.



Beberapa sekutu negara pula mempersoalkan tindakan Amerika yang gagal menangani keganasan membabitkan penggunaan senjata api sehingga didakwa meragut kira-kira 111 nyawa dalam sehari.



Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, pula memaklumkan kerajaannya mengetatkan undang-undang senjata api selepas seorang lelaki kulit putih membunuh 51 orang Islam dalam insiden tembakan di dua masjid di Christchurch pada 2019.



China yang berdepan kritikan berterusan dari Amerika berhubung isu hak asasi manusia dan penindasan terhadap penduduk etnik Uighur, mengecam kegagalan Washington untuk menangani keganasan membabitkan senjata api atau diskriminasi kaum.



Global Times melaporkan kejadian tembakan di Texas secara jelas menunjukkan kegagalan Amerika yang kini dilihat sebagai "tempat paling berbahaya di dunia". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >