Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suami merajuk sampai tua

Jan 4, 2017 | 2:11 PM
Watch on YouTube

TOKYO: Seorang suami di Jepun merajuk tidak bercakap dengan isterinya selama 20 tahun kerana cemburu dek perhatian yang beliau beri pada anak-anak mereka, menurut laporan.

Akhirnya dek terdesak, anak lelaki pasangan itu yang berusia 18 tahun menulis kepada rancangan TV Hokkaido untuk meminta meleraikan keadaan kerana beliau tidak pernah mendengar ibu bapanya berbual.

Si ayah, Encik Otou Katayama, dilaporkan hanya mengomel dan mengangguk sebagai respons kepada usaha isterinya, Cik Yumi, bercakap dengannya, walaupun pasangan itu mempunyai tiga anak.

Satu mesyuarat diatur bagi pasangan itu di bangku di taman tempat mereka pertama kali pergi berkencan (dating), sedang anak-anak mereka melihat dari jauh penuh emosi.

"Entah bagaimana sudah lama kita tidak bercakap," kata Encik Katayama, dari Nara, di selatan Jepun, menurut laporan Daily Mail.

"Awak terlalu ambil berat tentang anak-anak.

"Yumi, sampai sekarang awak banyak menghadapi kesusahan. Saya mahu awak tahu yang saya berterima kasih kepada awak bagi segala-galanya."

Encik Katayama berkata beliau tidak senang dengan perhatian yang isterinya beri pada anak-anak.

"Saya macam cemburu gitu. Saya merajuk disebabkannya. Saya rasa sekarang sudah terlambat untuk mengubah keadaan."

Suara orang ketawa dapat didengar di belakang, apabila beliau mencadangkan mereka bercakap semula sekali-sekala.

Kisah ini menyusuli laporan bahawa lelaki dan wanita Jepun tidak lagi pergi berkencan dan sebaliknya hanya berkahwin dengan rakan-rakan mereka, ujar akhbar Independent.

Satu tinjauan kerajaan tahun lalu (2016) mendapati 69 peratus lelaki dan 59 peratus wanita Jepun tidak mempunyai rakan hidup.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg