Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suasana Lebaran di KL

Sebahagian rakyat rasakan sambutan Raya lebih 'meriah'
Jul 01, 2018 | 05:30 AM



MENYAMBUT Lebaran dalam suasana yang disifatkan sebagai 'Malaysia Baru' begitu jelas terasa di Kuala Lumpur serta kota-kota dan kawasan perumahan di sekitarnya.



Malah, tidak berlebihan jika dikatakan sambutan dan hiasan menyambut Aidilfitri lebih gah dan meriah, sesuai dengan perubahan landskap politik yang lahir selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia pada 9 Mei lalu.



Di sana sini, khususnya di bazar Ramadan, penduduk Kuala Lumpur masih terus diayun kegembiraan menyambut kemenangan Pakatan Harapan dan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri yang baru.



"Kami benar-benar rasa bebas dan fikiran kami tidak lagi dikongkong seperti dulu,'' kata Encik Mustafa Aziz, pegawai kerajaan berusia 40 tahun, ketika ditemui semasa membeli 'Murtabak Singapore' di bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail.



Seperti beliau, warga kota rata-rata menyatakan Malaysia kini menikmati nafas baru ekoran tumbangnya Barisan Nasional setelah memegang tampuk kerajaan selama lebih 60 tahun sejak merdeka.



Bagi mereka, 'Malaysia Baru' di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir adalah sebuah negara yang adil, bebas bersuara sepenuhnya, telus dan antirasuah.



Seorang karyawan warga Singapura yang bertugas di Kuala Lumpur dan hanya ingin dikenali sebagai Encik Azmin, 35 tahun, menyatakan beliau dapat merasakan aura baru itu di sana sini.



"Mereka kata mereka kini tak lagi hidup terkongkong seperti dulu dan mengharapkan Malaysia yang lebih dinamik dengan kos sara hidup yang menyelesakan dan paling penting bebas rasuah.



"Mereka kata, dah ada tanda-tanda kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan benar-benar serius memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat,'' kata beliau, yang telah bertugas di Kuala Lumpur sejak setahun lalu.



Bekas wartawan kanan, Encik Zin Mahmud, yang menulis atas nama pandangan peribadi dalam laman FMT News, pula menyatakan istilah 'Malaysia Baru' bukanlah sesuatu yang rasmi.



"Ia bukanlah istilah yang dilancarkan kerajaan Pakatan Harapan, tetapi ia digunakan dengan meluas bagi menggambarkan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-14.



"Maknanya, sebelum 10 Mei 2018, yang wujud ialah Malaysia lama, iaitu sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957," tambahnya dalam artikel berjudul 'Sebulan Malaysia baru berbanding 60 tahun Malaysia lama' yang disiarkan pada 12 Jun lalu.



Katanya, sebelum itu sudah wujud Malaya lama dan Malaya baru.



Malaya lama merangkumi British Malaya, Malai (Malaya di bawah jajahan Jepun), Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu pramerdeka.



Malaya baru itu kemudian menjadi permulaan kepada apa yang kini disebut sebagai Malaysia lama.



Maknanya, Dr Mahathir terlibat aktif dengan Malaysia lama dan kini merupakan pelopor Malaysia baru.



Beliau berkata bahawa dalam zaman Malaysia lama, pentadbirannya bersifat tertutup, terkawal dan pemusatan kuasa pada tangan pemimpin utama.



Tetapi, dalam zaman 'Malaysia Baru' yang baru berusia lebih sebulan, Dr Mahathir mengutamakan kedaulatan undang-undang atau rule of law, di samping pemisahan kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.



Semua parti dalam Pakatan Harapan juga lebih banyak menyebut tentang good governance atau tadbir urus baik, keadilan dan suara rakyat. Mereka menekankan soal ketelusan, keterbukaan, kebebasan, bersih dan amanah.



"Sistem demokrasi negara ini membolehkan sebahagian rakyat menolak Malaysia lama bagi mewujudkan Malaysia baru,'' tambahnya.



Menurutnya, sejauh mana Malaysia baru akan berkembang, hanya sejarah yang akan menentukan.



"Apa yang baru akan akhirnya menjadi lama juga. Sementara itu, terpulang kepada rakyat negara ini hendak mencorakkan Malaysia baru,'' tambah Encik Zin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >