Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sudahkah M'sia hilang tarikan kepada pelabur asing?

Feb 21, 2022 | 5:30 AM
3f4425a4-2fdf-4715-879c-150410fbae1f
-

MALAYSIA dikatakan semakin kehilangan kelebihan berbanding Indonesia dalam persaingan bagi mendapatkan pelaburan asing, dengan Indonesia pantas mengejar Malaysia disebabkan tindak balasnya terhadap wabak Covid-19 yang progresif dan mesra perniagaan.

Timbul juga persoalan sejak dua tahun lalu, banyak pelabur beralih ke Indonesia dan negara Asean lain, adakah Malaysia sudah tidak menarik lagi dari kaca mata pelabur dan apakah yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengembalikan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia?

Menurut pakar ekonomi, Profesor Madya, Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dari UniKL Business School, kerajaan Malaysia telah memberikan pelbagai insentif kewangan melalui Belanjawan negara 2021 dan 2022, bagi menarik pelbagai Pelaburan Langsung Asing (FDI).

MITI juga, menurut beliau, memperkenal dasar pelaburan baru melalui Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang telah diluluskan pada April 2021 dan meletakkan elemen alam sekitar, sosial, tadbir urus (ESG) sebagai dasar pelaburan baru negara.

"Langkah-langkah ini memberikan kesan positif dalam menarik pelaburan langsung asing, tetapi untuk mencapai jumlah pelaburan yang dimahukan, Malaysia masih lagi ketinggalan dengan negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Mungkin ini disebabkan oleh perspektif Malaysia yang masih lagi dibelengu oleh isu seperti ketidakstabilan politik, penurunan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang dikeluarkan Transparency International (TI) terus jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga 57 pada 2020," katanya.

Berikutan itu, tambah beliau, masalah persepsi Malaysia di mata dunia terutama pelabur asing harus ditangani segera sebagai strategi jangka pendek dan disinergikan dengan aksi jangka panjang, antaranya meningkatkan ketelusan proses yang dalam mencapai tujuan pelaburan yang dimahukan oleh para pelabur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg