Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sudan diisytihar darurat, kerajaan peralihan dibubar

Oct 25, 2021 | 11:28 PM
Foto REUTERS/El TAYEB SIDDIG
Foto REUTERS/El TAYEB SIDDIG -

KHARTOUM: Ketua Majlis Tertinggi, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan serta pembubaran kerajaan peralihan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Abdalla Hamdok.

Abdul Fattah berkata, perbalahan antara parti politik menyebabkan pihak tentera terpaksa campur tangan.

Namun, beliau berjanji akan memastikan proses peralihan negara mengikut lunas demokrasi.

Jelasnya, kerajaan teknokrat baru akan mengambil alih sementara Sudan sehingga proses pilihan raya selesai.

Terdahulu, Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok yang dikenakan tahanan rumah dibawa oleh pihak tentera ke lokasi yang tidak diketahui.

Stesen televisyen tempatan, Al-Hadath TV turut melaporkan beberapa pemimpin negara turut ditahan.

Susulan itu, ribuan orang awam berhimpun di jalanan membantah rampasan kuasa kumpulan tentera. - Agensi Berita/Utusan Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg