Premium
Suga bakal ganti Abe jadi PM baru Jepun
Mantan setiausaha kabinet menang besar dalam pemilihan kepimpinan LDP
Sep 15, 2020 | 5:30 AM
KEJAYAAN YANG DIJANGKA: Encik Yoshihide Suga, Ketua Setiausaha kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe, telah menewaskan pesaingnya, mantan Menteri Pertahanan Shigeru Ishiba dan mantan Menteri Ehwal Luar Fumio Kishida. - Foto AFP -
TOKYO: Encik Yoshihide Suga telah dipilih sebagai presiden bagi mengetuai Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam, sekali gus menjadikannya hampir pasti menjadi perdana menteri bagi negara dengan ekonomi ketiga terbesar dunia, minggu ini.
Seperti dijangkakan, ketua setiausaha kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe itu telah menewaskan pesaingnya, mantan Menteri Pertahanan Shigeru Ishiba, dan mantan Menteri Ehwal Luar Fumio Kishida.

