Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANGKARA CUACA EKSTREM

Suhu tinggi landa California berlarutan

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



SACRAMENTO (California): Seorang lelaki di pinggir bandar Los Angeles yang dilanda panas berpanjangan, dan seorang wanita dengan dua anak kecil di Pomona antara penduduk California terdesak mencari pusat perlindungan untuk berteduh, sedang suhu tinggi melanda wilayah itu buat hari kelapan berturut-turut.



Suhu dijangka mencecah 42 darjah Celsius di Sacramento, ibu kota wilayah itu, dan kawasan lembah pedalaman lain, dan 37.7 darjah Celsius di sekitar Los Angeles.



Selain itu, agensi yang mengendalikan kebanyakan grid elektrik California menggesa pengguna menjimatkan tenaga pada lewat petang dan malam bagi mengelakkan masalah putus bekalan, sedang gelombang panas menyelubungi wilayah yang dilanda kemarau itu dan anggota bomba melawan kebakaran hutan dek keadaan kering.



Ramai orang yang tidak mempunyai alat penghawa dingin atau rumah merasai sedikit kelegaan di pusat penyejukan yang dikendalikan di pusat persidangan dewan bandar raya dan pusat masyarakat.



Sebilangan individu gelandangan dilihat berbaring di jalanan di pusat bandar Los Angeles, mencari apa sahaja tempat teduh yang mereka temui, kata Encik Andy Bales, presiden dan ketua pegawai eksekutif Kesatuan Misi Penyelamat (URM), yang membantu orang kehilangan tempat tinggal.



Encik Bales berkata beliau dan kakitangannya berjalan dua kali sehari mengedarkan botol air sejuk. Kira-kira 1,000 orang kini berteduh di tiga kemudahan URM di kawasan itu, katanya.



Pertubuhan itu juga menemui tempat tinggal sejuk bagi orang lain, termasuk dua ibu dengan anak dan seorang lelaki yang menelefon dari pinggir bandar Simi Valley, yang suhunya mencecah 37.7 darjah Celsius kelmarin.



Di Sacramento, yang dilanda gelombang panas berpanjangan yang bermula di California Selatan dan bergerak ke utara hujung minggu lalu, seorang pemain ragbi sekolah menengah rebah.



Satu rangkaian pusat kecergasan tempatan pula membatalkan kelas, sambil mengatakan penghawa dinginnya tidak dapat berfungsi dengan berkesan.



Suhu diramal kekal tinggi sepanjang beberapa hari ini sebelum penduduk dijangka mendapat sedikit kelegaan pada hujung minggu, ujar Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.



Sementara itu, arahan pemindahan tetap berkuatkuasa di Riverside County di timur Los Angeles dan di Siskiyou County di bahagian paling utara wilayah itu, sedang anggota bomba melawan kebakaran hutan.



Pada Selasa, harga kuasa elektrik melonjak ke paras tertinggi dalam dua tahun dengan permintaan mencecah rekod tatkala rumah dan perniagaan meningkatkan penggunaan penghawa dingin. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >