Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang

Jan 15, 2019 | 12:45 PM
SULTAN ABDULLAH: Dimasyhur sebagai Sultan Pahang, membuka laluan baginya menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia seterusnya di bawah satu sistem putaran lima tahun unik melibatkan sembilan kerabat diraja Melayu di Malaysia.
SULTAN ABDULLAH: Dimasyhur sebagai Sultan Pahang, membuka laluan baginya menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia seterusnya di bawah satu sistem putaran lima tahun unik melibatkan sembilan kerabat diraja Melayu di Malaysia. - Foto NSTP

KUANTAN: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, hari ini (15 Januari).

Upacara penuh adat istiadat itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baru hari ini melayakkannya dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baru, menyusuli peletakan jawatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 6 Januari lalu, akan diadakan pada 24 Januari di Istana Negara Malaysia. -Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg