Premium
Sultan Abdullah ditabal sebagai Sultan Pahang keenam
Jan 16, 2019 | 5:30 AM
PENUH ISTIADAT ISTANA: Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, mencium tangan suaminya, Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah, semasa upacara pemasyhuran Sultan Pahang itu. - Foto AFP -
PAHANG: Negeri ketiga terbesar Malaysia semalam mempunyai raja baru selepas Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah diisytiharkan sebagai Raja keenam Pahang.
Sultan berusia 59 tahun itu mengangkat sumpahnya selepas perisytiharan pelantikan raja dibacakan oleh adiknya, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, semasa upacara pada 11 pagi di Istana Abu Bakar, yang terletak di bandar diraja, Pekan.

