Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Brunei kini monarki paling lama bertakhta di dunia

Sep 10, 2022 | 8:33 PM
Sultan Hassanal Bolkiah, yang menaiki takhta pada 1967, sudah memerintah selama 54 tahun.
Sultan Hassanal Bolkiah, yang menaiki takhta pada 1967, sudah memerintah selama 54 tahun. - Foto - AFP

LONDON: Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, kini monarki paling lama bertakhta di dunia selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu.

Keluarga diraja Brunei memerintah negara itu sejak lebih 600 tahun lalu dan Sultan Hassanal Bolkiah, adalah antara individu terkaya di dunia.

Baginda yang menaiki takhta pada 1967, sudah memerintah selama 54 tahun dan 339 hari sehingga Jumaat lalu iaitu lebih empat tahun berbanding Ratu Margrethe II dari Denmark.

Ratu berusia 82 tahun yang kuat merokok itu kini adalah monarki paling lama memerintah di Eropah selepas kemangkatan Ratu Elizabeth.

Ratu Margrethe menaiki takhta pada 1972, ketika sokongan terhadap monarki semakin hambar dalam kalangan rakyat, namun baginda berjaya mengembalikan kegemilangan kerabat diraja dan menawan hati rakyat.

Baginda, yang kehilangan suaminya pada 2018, diberi nama timangan 'Daisy' oleh keluarganya dan rakyat Denmark, berjaya mengelakkan sebarang skandal dan memodenkan institusi diraja termasuk membenarkan dua anaknya mengahwini rakyat biasa.

Ratu itu kini menduduki tempat kedua sebagai pemerintah diraja masih hidup yang paling lama memerintah.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II menjadi Ketua Negara yang paling lama berkhidmat di dunia dan majlis meraikannya diadakan baru-baru ini sempena ulang tahun ke-70 pertabalan pada awal tahun ini.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 25 tahun pada 1952, selepas Perang Dunia Kedua.

Sultan Hassanal Bolkiah, 76 tahun, juga adalah Perdana Menteri Brunei sejak negara dengan 400,000 penduduk itu mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom (UK) pada 1984.

Di tempat ketiga ialah pemerintah Sweden, Raja Carl Gustaf XVI, yang menaiki takhta ketika berusia 27 tahun selepas datuknya mangkat pada 1973. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg