Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Johor: Jangan dijadikan sidang DUN 'sangkar beruk'

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu supaya tidak menjadikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini sebagai medan perbalahan politik dan perebutan kuasa.



Sebaliknya, baginda bertitah semua 56 Adun Johor perlu menggunakan sesi persidangan itu untuk membincangkan pelan tindakan bagi membantu rakyat serta membangunkan ekonomi negeri berkenaan.



"Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua perlu pentingkan rakyat di luar yang sedang susah, kelaparan, hilang pekerjaan dan ada juga yang bertarung nyawa akibat penularan wabak Covid-19.



"Ini bukan masa untuk berbalah, tetapi untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya orang lain apa yang sudah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihat dan cermin muka sendiri. Ingin saya ingatkan DUN ini tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor.



"Jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan mulia bukan dewan sangkar beruk," titah baginda.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Adun Gambir turut hadir di persidangan DUN Johor.



Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pernah menjadi Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986 hingga 1995.



Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan Speaker DUN Johor, Encik Suhaizan Kayat, supaya menjalankan kerja dengan baik dalam mengawal perjalanan persidangan kali ini.



"Suka saya ingatkan yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai mengganggu gugat negeri dan kerajaan saya.



"Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan DUN Johor. Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri bukannya kepentingan rakyat.



"Apabila keadaan Covid-19 terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baru. Selepas ini, pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk masyarakat," titah baginda.



Kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 menyaksikan Speaker DUN mengarahkan sesi persidangan direhatkan selama seminggu dan bersambung pada 22 Ogos nanti.



Encik Suhaizan berkata ia bagi membolehkan penilaian risiko kesihatan dibuat selain prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan di dewan berkenaan.



"Saya dengan ini memutuskan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 yang sepatutnya bersambung pada Ahad ini iaitu 15 Ogos, ditunda kepada 22 Ogos," katanya.



Selepas sidang DUN, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Tan Sri Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.



"Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang," titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO). - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >