Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Johor: Pencemaran kimia keji, memalukan

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, yang menyifatkan kes kedua pencemaran kimia di Pasir Gudang sebagai "keji dan sangat memalukan", memarahi pegawai agensi negeri dan persekutuan mengenai perkara itu.



Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata beliau akan memanggil pemimpin negeri dan badan persekutuan untuk menjawab mengenai kejadian itu, yang berlaku di kawasan sama dan dalam keadaan sama dalam masa beberapa bulan.



"Kita diberi jaminan bahawa semuanya baik dan kita mendengar ahli politik dan pegawai memberi jaminan kepada kita tetapi tidak sampai tiga bulan, rakyat Johor berhadapan dengan isu ini lagi," katanya dalam satu wawancara bersama akhbar The Star. "Ini sesuatu yang keji dan amat memalukan."



Johor digempakkan dua insiden pencemaran di Pasir Gudang pada Mac dan bulan ini.



Insiden bulan ini bermula 20 Jun apabila 15 murid dan dua orang dewasa dari dua sekolah mengalami sesak nafas dan muntah dan dimasukkan ke hospital.



Menjelang 24 Jun, lebih 100 pelajar dari lebih 30 sekolah terjejas dan semua institusi pendidikan di Pasir Gudang ditutup hingga 27 Jun. Tiada kes baru dilaporkan sejak 25 Jun.



Dua sekolah itu terletak kira-kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim, tapak satu insiden pencemaran kimia besar yang menyebabkan 5,848 orang sakit selepas menghidu asap toksik dari sungai itu Mac lalu.



Sultan Ibrahim berkata insiden terbaru itu jelas menunjukkan "kekurangan dan kelemahan sepenuhnya, jika bukan ketidakcekapan" dalam sistem pengurusan bencana negeri dan persekutuan.



Sultan Ibrahim berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan Johor agar "melenyapkan atau memindahkan" industri yang mempunyai kesan persekitaran negatif terhadap negeri itu, sambil berkata "mereka membahayakan bukan rakyat Johor sahaja, bahkan warga Singapura".



Kelmarin, kerajaan Johor berkata mutu udara di Pasir Gudang kini dalam keadaan baik, sambil menambah bahawa tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap 38 premis perusahaan yang melanggar undang-undang mutu alam sekitar.



Bercakap pada satu sidang media, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Encik Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata langkah memantau mutu udara di situ telah dijalankan dan setakat kelmarin, ia berada pada "tahap baik".



Sementara itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengesan gas methyl mercaptan, yang dianggap sebagai satu keganjilan, dalam kes pencemaran terbaru itu.



Menteri MESTECC, Cik Yeo Bee Yin, berkata dalam satu sidang media bersama Kementerian Kesihatan semalam akibat persekitaran udara tepu di Pasir Gudang, sebarang keganjilan seperti itu akan memberi kesan ke atas kumpulan berisiko tinggi, seperti kanak-kanak dan penghidap semput.



Beliau juga berkata dua lagi gas turut dikesan, iaitu acrylonitrile dan acrolein, yang kedua-duanya juga dikesan ketika kes pencemaran Sungai Kim-Kim.



Bagaimanapun, kesan ketiga-tiga gas itu tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing 10 pesakit daripada lapan sekolah berbeza, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media itu. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >